PRK RANTAU: TOK MAD KECAM KEMPEN PERKAUMAN



Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan mengecam sekeras-kerasnya pihak yang menggunakan nama BN untuk menyebarkan provokasi kebencian dan perkauman.

Beliau berkata perbuatan tersebut dilihat dengan sengaja merosakkan keharmonian kempen yang dijalankan BN terhadap penduduk Rantau yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya bagi pihak BN ‘banner-banner’ provokasi sebegitu rupa, khususnya yang berunsur perkauman. Memang kempen yang dilakukan pihak terdesak sekarang ini ialah menyeru kaum-kaum India jangan mengundi saya.

“Itu yang mereka lakukan, kita dapat laporan dan saya didatangi oleh ramai pemimpin-pemimpin masyarakat orang India bahawa pihak tertentu menjalankan kempen sedemikian rupa.

“Dan ‘banner’, ‘bunting’ saya tak hairan kerana dibuat oleh mereka sendiri untuk membangkitkan kemarahan, sentimen oang-orang India. Dulu masa pilihan raya umum ke-13 saya masih ingat lagi, kuil di dalam estet Linsum dirobohkan oleh mereka sendiri, diupah dan akhirnya dia menuduh kerajaan (ketika itu, BN) yang merobohkan kuil tersebut,” tegas Timbalan Pengerusi BN itu dalam sidang media di Bilik Gerakan BN Rembau, Negeri Sembilan pada Sabtu.

Terdahulu, wujud unsur sabotaj daripada pihak tidak bertanggungjawab dengan menggantung beberapa ‘banner’ yang berunsur provokasi perkauman bagi menyeru orang Melayu jangan mengundi calon PH, Dr Streram dari kaum India.

Mengulas lanjut, Mohamad Hasan yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan berharap pihak yang berkempen supaya tidak ‘menunggang’ kempen politik yang diadakan bagi menganggu gugat perpaduan di Rantau yang dipelihara sejak sekian lama.

“Jadi saya harap supaya benda-benda macam ini jangan kita lakukan terutamanya provokasi-provokasi pilihan raya yang berunsurkan perkauman, merbahaya sebab pilihan raya kecil ini sampai 13 haribulan, lepas tu kita di Rantau akan hidup bersama sebagai satu masyarakat berbilang kaum, berbilang agama.

“Orang luar datang buat provokasi akan menghancurkan keharmonian masyarakat yang telah lama hidup bersama.

“Jadi saya amat kesal dan saya minta pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang telah melakukan provokasi yang tidak sepatutnya berlaku,” tegasnya la

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.