RAKYAT SEMAKIN BENCI NARATIF PH

Naratif Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang kerap menuding jari menyalahkan Barisan Nasional (BN) atas kegagalan pentadbiran mereka sendiri kini semakin dibenci oleh rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata rakyat bertambah muak apabila PH sekali lagi menyalahkan BN dalam isu pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) yang mengeluarkan hibah lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sanusi secara sinis turut mempertikaikan kenyataan PH yang kerap menggelar kerajaan lama BN sebagai perompak tetapi dapat memberi dividen lebih tinggi berbanding apa yang diumum oleh PH.

“Saya lihat Tabung Haji sudah lari daripada landasan iaitu matlamat penubuhannya untuk memudahkan bakal-bakal haji dan bukan membiarkan mereka terus gelisah dengan situasi yang berlaku ini.

“Prestasi Tabung Haji ketika berada di bawah pengurusan ‘perompak’ dilihat lebih baik dengan hibah sehingga lebih enam peratus. Bagaimana ‘perompak’ lebih baik daripada kerajaan yang begitu suci ini,” katanya kepada media di Alor Setar, Kedah pada Sabtu.

Tabung Haji pada semalam mengumumkan agihan hibah atau bonus bagi tahun kewangan 2018 pada kadar 1.25 peratus melibatkan pengagihan RM913 juta kepada semua pendeposit.

Kadar hibah tersebut merupakan agihan terendah dalam sejarah.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.