ANNUAR PERSOAL INTEGRITI TOMMY THOMAS

Demostrasi kecil di hadapan parlimen semalam (Isnin) yang mendesak Peguam Negara, Tommy Thomas meletakkan jawatan merupakan kesan dari kesilapan dirinya sendiri.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa turut mempersoalkan integriti Tommy yang dilihat gagal memberikan nasihat kepada barisan kabinet dan seringkali membelakangi kerajaan dalam mengumumkan sesuatu perkara melibatkan perlembagaan negara.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) bahawa Barisan Nasional (BN) akan terus bersama rakyat dan tidak akan berdiam diri walaupun diugut dan diberi tekanan.

Oleh Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.