TUNKU ISMAIL JAWAB TUN M

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim “mempelawa” Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengambil tindakan sekiranya beliau terbukti salah.

Melalui Twitter rasmi baginda, Tunku Ismail berkata beliau sanggup dikenakan tindakan demi mempertahankan kedaulatan perlembagaan negara.

“Sila. If I have to go down kerana mempertegakkan Perlembagaan/Constitution, Raja Raja Melayu, dan Islam.

“Dengan apa cara sekalipun, kamu tahu di mana hendak cari saya,” kata Tunku Ismail pada Selasa ketika mengulas mengenai amaran Mahathir terhadap baginda berikutan mengkritik perjanjian Statut Rom.

Dalam ciapan Twitter seterusnya, Tunku Ismail dengan sinis turut mempersoalkan mengenai ancaman Mahathir walaupun baginda sekadar bertanya.

“Kadir Jasin tulis macam macam pasal Raja Raja tak ada pun kena akta hasutan.

“Tunku Mahkota Johor hanya tanya dan kongsi pendapat akan di tangkap. Sila‚Ķ,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.