HENTI BERTELAGAH, FOKUS JAGA NEGARA

Sultan Johor, Sultan Ibrahim memberi amaran kepada pihak tertentu supaya menghentikan perbalahan politik.

Titah baginda, semua pihak perlu memberi tumpuan kepada usaha menjaga negara dan rakyat.

Sultan Ibrahim yang kini berada di luar negara menegaskan baginda sentiasa mengikuti perkembangan dalam negara terutama negeri Johor berdasarkan laporan semua pihak.

“Saya mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik sebaliknya tumpukan kepada usaha menjaga negara.

“Berkenaan Johor, jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang Sultan.

“Saya akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat saya apabila tiba masanya nanti,” titah baginda menerusi akaun Facebook rasmi pada Rabu.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.