PEMBANGKANG GAGALKAN USUL ‘KOSMETIK KERAJAAN

Hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meminda Perlembagaan Negara oleh Perdana Menteri di Parlimen pada malam tadi tidak kesampaian apabila blok pembangkang mengambil tindakan untuk tidak mengundi dalam sesi belah bahagi.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa kejadian tersebut berlaku selepas pihak pembangkang yang diwakili oleh PAS, BN dan gabungan parti-parti Sarawak menolak usul yang disifatkan sebagai ‘kosmetik’ dan bertentangan dengan aspirasi Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63).

“Penolakan ini adalah atas dasar pindaan perlembagaan yang cuba dibawa tidak menepati hasrat rakyat Sabah dan Sarawak yang.mahukan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63) dilaksanakan, tetapi sebaliknya kerajaan hanya cadang meminda Perkara 2(1), yang dianggap tidak memadai, bersifat ‘kosmetik’, dan membelakangi hasrat sebenar rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Sebelum itu, pihak kerajaan telah menolak semua cadangan pembangkang supaya membuat pindaan dengan cermat dan menyeluruh termasuk merujuk kepada Jawatankuasa Terpilih, membuat perbincangan di Dewan Negeri Sabah dan Sarawak serta memasukkan perkataan “berdasarkan semangat perjanjiam Malaysia 1963” dengan jelas.

Katanya keengganan kerajaan itu membuatkan pindaan tersebut gagal mendapat 148 undi yang diperlukan apabila pihak pembangkang sebulat suara mengambil tindakan untuk berkecuali.

“Sikap kerajaan yang enggan menunaikan janji dalam manifesto mereka secara total dalam isu MA63, telah mengakibatkan mereka ditewaskan pembangkang di Parlimen.

“Inilah ‘Kuasa Rakyat’ yang telah membuktikan semak dan imbang berjaya dilaksanakan dengan berkesan demi maruah dan suara rakyat”, katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.