HIKMAH DI SEBALIK PRU 14- TOK MAT

Kekalahan Barisan Nasional (BN) kepada blok Pakatan Harapan (PH) dianggap mempunyai hikmah tersendiri apabila dua parti Melayu terbesar berjaya disatukan selepas itu.

Calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata penyatuan ummah yang diusahakan UMNO dan PAS perlu diteruskan bagi mengambil iktibar terhadap kekalahan lalu akibat kaum Melayu yang berpecah belah.

“Malam ini jelas sekali kerjasama apabila kita bersama-sama satu pentas dengan rakan kita dari PAS.Tak semestinya apabila kalah tak bangkit. Kita kena ingat bahawa ada panas ada hujan, ada siang dan malam, kalau pasang ada surut.

“Sebab itu saya beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kita tak ada pilihan dan strategi politik perlu perkukuhkan dengan UMNO dan PAS bersama.

“Bertuahnya kita walaupun ada banyak masalah, saya lihat ada cahaya di hujung terowong. Mari kita tanam benih perpaduan ummah ini. Apabila ada buah nanti kita makan sama-sama,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Perdana di Taman Angsamas, Negeri Sembilan pada malam Khamis.

Turut berkongsi pentas yang sama ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan; Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Hasan yang merupakan bekas menteri besar Negeri Sembilan turut berkata kerjasama antara pembangkang pada saat ini sehingga menjadi blok yang kuat dibuktikan apabila buat pertama kalinya pindaan Rang Undang-Undang ‘ kosmetik’ oleh kerajaan PH gagal dipinda di Parlimen.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.