INSTITUSI DIRAJA, PM PERLU HARMONI – ISMAIL

Hubungan harmoni perlu wujud dalam badan eksekutif pimpinan Perdana Menteri dengan institusi diraja bagi kepentingan rakyat dan negara, ujar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, beliau turut mengharapkan penyelesaian harmoni dalam hubungan dingin antara Tun Dr. Mahathir dan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tambah beliau, bidang kuasa Perdana Menteri dan Sultan telah jelas digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mengharmonikan keadaan.

“Biarlah Perdana Menteri dan Sultan Johor selesai, bagi saya apa yang penting adalah keharmonian. Kalau semua berpegang pada undang-undang tapi tiada keharmonian, maka tidak ada makna.

“Undang-undang sangat jelas, kuasa Perdana Menteri, kuasa Sultan tetapi mesti ada usaha untuk mengharmonikan keadaan kerana apa yang penting adalah rakyat dan negara.

“Apa yang penting kena ada keharmonian antara Sultan dan Perdana Menteri,” katanya kepada media di Parlimen pada Khamis.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.