PH KERAJAAN GAGAL -ISMAIL SABRI

Kemelut ekonomi yang terus menjunam di samping tiada kesungguhan untuk menjaga rakyat merupakan bukti pentadbiran Pakatan Harapan (PH) merupakan sebuah kerajaan yang gagal, ujar ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata tiada yang boleh dibanggakan oleh kerajaan PH apabila mereka juga turut gagal menguruskan kos kehidupan rakyat yang terus meningkat.

“Kerajaan PH gagal membuktikan sebagai kerajaan yang baik dari segi memenuhi janji, menjaga kebajikan rakyat, kos kehidupan terus meningkat dan harga komoditi terus jatuh.

“Kehidupan rakyat semakin susah, hutang negara semakin bertambah, ekonomi semakin menjunam dan dari politik juga tidak stabil,” katanya kepada wartawan di Parlimen pada Khamis.

Ismail Sabri yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat turut meminta PH membuktikan dakwaan bahawa mereka merupakan kerajaan lebih baik berbanding kerajaan lama BN.

Pada masa yang sama, beliau turut mengucaokan tahniah kepada kerajaan PH yang akan menyambut ulang tahun pentadbiran.

“Saya ucapkan tahniah kepada mereka kerana akan menyambut ulang tahun yang pertama dan rakyat harapkan reformasi mereka berjaya,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.