OSMAN MASIH MENGAKU MB JOHOR

Pengerusi PPBM Johor, Datuk Osman Sapian menegaskan beliau masih merupakan Menteri Besar Johor yang sah.

Beliau berkata sehingga surat peletakan jawatan diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar, beliau masih merupakan pemimpin di negeri tersebut.

“Secara teknikalnya saya masih Menteri Besar.

“Tunggulah selepas saya menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar”, katanya kepada media sejurus merasmikan sebuah restoran di Hotel Amerin, Johor Bahru pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama Osman berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.

Beliau juga enggan mengulas lebih terperinci mengenai isu peletakan jawatan sebagai Menteri Besar sehingga selesai menghadap Sultan Ibrahim.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.