TOK MAT KEKAL DI RANTAU

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau selepas memperoleh undi majoriti 10, 397 undi.

Keputusan tersebut menyaksikan kemenangan Mohamad Hasan menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram yang memperoleh 5887 undi, sekaligus mencatatkan undi majoriti BN sebanyak 4510 undi.

Keputusan tersebut diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi PRK dun Rantau, Mohd Nizam Tajul Arus di pusat penjumlahan undi Dewan Serbaguna, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di Negeri Sembilan pada Sabtu.

Dalam keputusan sama, calon Bebas yang ikut bertanding, R. Malarvizhi memperoleh undi sebanyak 83.

Manakala seorang lagi calon Bebas iaitu Mohd. Nor Yassin mendapat 79 undi.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.