RANTAU : RAKYAT MUAK DENGAN PH

Kemenangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau membuktikan rakyat mula muak dengan Pakatan Harapan (PH).

Mohamad Hasan berkata rakyat kini semakin matang dan tidak mahu lagi mendengar kenyataan menuding jari menyalahkan orang lain seperti yang diamalkan PH.

Memang banyak tuduhan peribadi dilemparkan (oleh PH) kepada saya terutamanya.

“Tetapi orang dah mula muak, politik fitnah, menyalahkan orang lain, tak kemana pergi kita.

“Orang mahu dengar ke mana arah kerajaan pada hari ini, halatuju kerajaan, halatuju ekonomi, pembangunan luar bandar tetapi tidak ada, dan saya rasa rakyat dah muak dengan tuduhan sebegitu,” katanya dalam sidang media sejurus selepas pengumuman kemenangan beliau di pusat penjumlahan undi Dewan Serbaguna, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohamad Hasan yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan berkata sokongan pengundi muda turut membantu beliau memperolehi kemenangan dengan majoriti yang selesa.

“Kita amat gembira melihat keputusan PRK Rantau ini apabila melihat saluran-saluran yang dahulu amat kita takuti iaitu saluran orang-orang muda.

“Tetapi kini saluran orang mudalah yang memberikan kemenangan majoriti kepada kita.

“Orang muda ini dinamik, dia tak statik. Mereka melihat dan mereka amat sensitif dengan keadaan sekitar terutamanya keadaan politik tanah air,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.