PETUGAS PH BIADAP-PUTERI

Puteri UMNO menyelar tindakan biadap petugas Pakatan Harapan (PH) yang melampaui batas apabila bertindak memeriksa kereta anggota Polis yang bertugas.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata insiden yang berlaku sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau tempoh lalu tidak sepatutnya berlaku memandangkan orang awam tidak mempunyai hak mengganggu tugas anggota polis.

“Pada saya ia satu tindakan ala samseng yang angkuh apabila mereka dakwa ada hak untuk periksa siapa sahaja kerana sudah ada kuasa. Kuasa apa? Adakah bila PH memerintah mereka boleh melanggar undang-undang?

“Inilah yang membezakan sikap antara penyokong BN dan PH, kami sejak dulu sentiasa menghormati dan beri kerjasama baik kepada pasukan keselamatan terutamanya PDRM tidak kira di mana.

“Pengorbanan pasukan polis amat besar dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman kita semua rakyat Malaysia. Jadi adakah layak mereka dilayan sedemikian? Apakah tindakan Menteri Dalam Negeri apabila anak buah diperlekehkan sebegini ?,” katanya melalui kenyataan media pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, Zahida turut menggesa pihak bertanggungjawab mengambil pendirian tegas supaya kejadian seperti ini tidak berulang.

Beliau turut mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak terus mengamalkan hukum rimba sehingga sanggup mengenepikan undang-undang sedia ada.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.