PAS YAKIN UMNO SOKONG PINDA RUU 355

PAS akan memberikan sokongan sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) membawa semula Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU 355) untuk dibentang dan diundi di Parlimen.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS turut yakin UMNO akan menyokong usaha murni tersebut.

“PAS beri komitmen akan menyokong dan kita juga yakin UMNO akan menyokong, kita harap kerajaan akan bawa pindaan ini kerana kalau undang-undang lain dia boleh bawa maka tidak ada masalah untuk RUU 355.

“Pindaan ini sudah siap dibentang dulu tetapi kerana tidak diundi maka mungkiin perlu dibentang semula,”katanya selepas menyampaikan kuliah di hadapan Bangunan Badan Perhubungan PAS negeri di Kota Bharu pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menegaskan PAS berharap kerajaan PH terutamanya parti Amanah yang pernah menegaskan tanggungjawab membawa usul pindaan ke Parlimen adalah tanggungjawab kerajaan.

“(Mujahid) sebut kerajaan akan buat secara holistik keseluruhan, kita mengalu-alukan usaha kerajaan naiktaraf mahkamah syariah, latihan kehakiman, kakitangan tapi benda ini masa zaman UMNO pun sudah berjalan.

“Yang tidak berjalan adalah pembetulan sistem undang-undang, walaupun undang-undang bukan segala-galanya tetapi ini perlu diperbetulkan kerana sudah lebih 60 tahun kita merdeka,” katanya

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.