TOK MAT ANGKAT SUMPAH ADUN RANTAU

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau pada 13 April lalu.

Mohamad Hasan mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar dalam Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua DUN ke 14 di Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin.

Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presiden UMNO turut menandatangani surat sumpah jawatan dalam istiadat yang dirasmikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Mohamad Hasan memenangi PRK DUN Rantau selepas memperoleh 10,397 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr S. Streram yang mendapat 5,887 undi, serta dua calon Bebas iaitu R. Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin yang masing-masing memperolej 83 serta 79 undi.

Kemenangan Mohamad bagi kerusi itu merupakan kali keempat sejak disandangnya pada 2004.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.