MANA KEBEBASAN BERSUARA

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat melanggar prinsip perjuangan blok tersebut selama ini apabila tidak membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Manickam Letchuman menghabiskan tempoh perbahasan beliau.

Manickam berkata tindakan Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar semalam yang memintanya berhenti berbahas pada minit keenam sebaik sahaja beliau berkata kerajaan PH mungkir janji jelas bertentangan dengan manifesto PH yang konon memperjuangkan kebebasan bersuara.

“ADUN lain dapat 20 minit. Saya dapat hanya 6 minit.

“Kata PH kebebasan bersuara. Tapi di sini saya sengaja dihalang walaupun saya tidak melanggar mana-mana peraturan Dewan.

“PH bimbang. PH tidak berani menjawab,” tegasnya dalam catatan di Facebooknya pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi MIC Negeri Sembilan itu menjelaskan beliau hanya sempat membahaskan tiga tajuk sahaja dalam masa enam minit tersebut.

“Saya hanya sempat untuk bahas atas 3 tajuk iaitu pertama berkaitan ketaatan kepada Raja.

“Kedua, status pembohongan PH yang kata ada 300,000 orang India tanpa dokumen pengenalan dan ketiga, isu tempat Kolej Matrikulasi bagi pelajar cemerlang SPM semua bangsa termasuk pelajar India.

“Selepas itu saya diminta Datuk Yang Dipertua Dewan untuk berhenti berbahas dan tak benar saya untuk bersambung,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.