TUKAR KULIT GAYA PH

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah banyak memberi kesedaran kepada rakyat bahawa prestasi blok tersebut lebih terarah kepada ‘bertukar kulit’ berbanding memperkenalkan dasar baharu, ujar Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Din Adam.

Katanya, beliau percaya sepertimana yang diperkatakan oleh masyarakat umum, mereka kadangkala bukan hanya sekadar hanya membuat penjenamaan semula dan pusingan U, malah dengan jelas gagal memberi impak kepada taraf kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

“Apatah lagi jika diungkit dan diimbau kepada segala janji yang terkandung di dalam manifesto mereka. Jika kita hitung dan seandainya kita senaraikan satu persatu banyak janji yang tidak tertunai.

“Sebab itulah kita tidak pelik pun melihatkan kepada apa yang berlaku hari ini terutamanya satu demi satu dasar mereka berbanding dengan apa yang dilaksanakan pada zaman Barisan Nasional (BN) dahulu… kini dijenamakan semula,” katanya seperti lapor media pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, Din Adam berkata satu lagi projek penjenamaan semula yang diberikan kepada rakyat menjelang setahun pemerintahan PH ialah IMPACT yang dahulunya dikenali sebagai IM4U.

“Alhamdulillah… jika program itu baik teruskanlah… dan mungkin untuk ‘bermain silap mata’ nama-mana berkenaan ditukar. Kita tidak hairan pun malah sepertimana yang diperkatakan tadi jika ianya baik untuk rakyat teruskan. Namun apa yang pasti tentunya segala yang dihamburkan kepada BN sebelum jelas satu dakyah semata-mata,” katanya.

“Itu belum lagi dengan polisi-polisi yang mereka buat banyak yang u-turn. Antara yang u-turn Statut Rom… u-turn, kemudiannya PTPTN u-turn… lagi satu polisi-polisi mereka juga ‘copy paste’… tukar nama…,” jelas beliau.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.