U-TURN OBOR BUKTI LANGKAH BN TEPAT

 

 

Tindakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melakukan pusingan-U terhadap projek pelaburan China dalam inisiatif ‘One Belt, One Road’ (OBOR) membuktikan kerajaan lama Barisan Nasional (BN) berada dalam laluan tepat untuk membangunkan negara.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata walaupun Dr. Mahathir menuduh BN melaksanakan perjanjian yang tidak telus, namun perkara tersebut jelas tidak dapat dibuktikan.

“Sebagaimana kenyataan dahulu bahawa projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah bagi menutup skandal 1MDB, sehingga kini tiada apa-apa bukti yang ditunjukkan oleh kerajaan PH untuk menunjukkan kaitannya,” katanya kepada media di Kuala Lumpur pada Selasa.

Justeru, beliau berkata PH sepatutnya menunaikan janji manifesto untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mendedahkan perkara sebenar.

“Skrip yang berulangkali digunakan dalam menyalahkan kerajaan terdahulu tidak akan menemui noktah penamat sekiranya dakwaan-dakwaan ini tidak disusuli dengan siasatan penuh badan bebas seperti RCI ini,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.