BOLEH NILAI SENDIRI PRESTASI PH – HADI

 

 

Rakyat kini boleh menilai sendiri kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam mentadbir negara, ujar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata sehingga kini, manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) lalu masih gagal tertunai.

“Setahun ini, rakyat boleh nilai bagaimana manifesto yang diwar-warkan, berapa peratus boleh dilaksanakan.

“Saya rasa mereka sendiri tak sangka mampu untuk melaksanakan manifesto itu,” katanya kepada media pada Majlis Makan Malam bagi meraikan Rombongan Kerajaan Negeri Kelantan ke Terengganu di Kuala Terengganu pada malam Selasa.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi menjelaskan PAS menyambut baik keputusan kerajaan PH meneruskan projek-projek untuk manfaat rakyat seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan pembayaran royalti minyak sekaligus menyifatkan langkah tersebut sebagai janji yang mesti ditepati.

Beliau turut menegaskan PAS komited bagi melaksanakan segala janji PRU-14 di negeri Kelantan dan Terengganu.

“Apa yang penting negeri yang kami perintah kami laksanakan, sekadar kemampuan yang dapat.

“Kita laksanakan apa yang kita janji. Kita tak bertanggungjawab apa yang mereka (kerajaan PH) janji,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.