HENTI BERPOLITIK, FOKUS KEBAJIKAN RAKYAT

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Ir Idris Haron menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk berhenti daripada bermain politik dan memainkan peranan segera sebagai sebuah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat.

Beliau berkata kritikan yang dilontarkan PH kepada kerajaan lama Barisan Nasional (BN) satu ketika dahulu kini dilihat kembali kepada mereka berikutan prestasi kerajaan PH yang lebih teruk.

“Dulu cakap berdegar-degar nak bela nasib rakyat tapi bila dah ada kuasa tak buat kerja pula.

“Itu menyeksa rakyat namanya… dari atas sampai ke bawah semua tak boleh harap,” katanya di Melaka pada Selasa.

Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata PH terutamanya pimpinan di negeri Melaka gagal melaksanakan penyelenggaraan dan memperbaiki kerosakan yang sepatutnya dilakukan di negeri tersebut.

Antaranya ialah kerosakan jalan raya, paip yang bocor, rumput panjang selain kelembapan pelantikan kontraktor untuk kerja-kerja penyelenggaraan di setiap DUN.

Beliau turut menyelar PH yang mahu menaikkan kadar tarif air di Melaka.

“Sudahlah kerja tak buat, tarif air pula nak naik… nama saja Pakatan Harapan tapi haprak,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.