BERSIH 2.0 SAHKAN PH TERUK

Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji manifesto seperti disahkan sendiri oleh Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH 2.0) apabila laporan badan tersebut menunjukkan hanya 39 peratus janji PH yang dipenuhi.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau turut memberitahu manakala laporan berasingan BERSIH 2.0 memberikan markah 36.4 peratus terhadap prestasi sepanjang tahun pentadbiran kerajaan PH.

“Laporan Bersih 2.0 itu telah menunjukkan tahap kemajuan yang telah PH bawa dalam soal pembaharuan institusi sejak setahun lalu. Walaupun di bawah jangkaan asal, namun banyak janji yang telah dicadangkan Gerakan selama bertahun-tahun didengari. Kami berharap PH akan dapat mencapai markah 50 peratus ke atas tahun hadapan.

“Namun begitu, dalam penilaian yang dilakukan Gerakan, PH sebenarnya telah menunjukkan prestasi agak buruk dalam Teras Kedua yang menjanjikan reformasi politik dan institusi. Malah, 15 daripada 19 janji telah merekodkan markah negatif,” katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, Dominic berkata laporan Bersih 2.0 yang hanya memberi tumpuan kepada enam janji berkaitan reformasi institusi dalam manifesto PH tidak begitu komprehensif tetapi boleh difahami kerana pertubuhan itu sememangnya dikenali kerana mahu melaksanakan reformasi institusi.

“Namun begitu, dalam penilaian yang dilakukan Gerakan, PH sebenarnya telah menunjukkan prestasi agak buruk dalam Teras Kedua yang menjanjikan reformasi politik dan institusi. Malah, 15 daripada 19 janji telah merekodkan markah negatif,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.