KEKALKAN PERJUANGAN ISLAM DAN BUMIPUTERA

Semua ahli UMNO perlu terus memperkukuhkan parti bagi memastikan perjuangan agama dan bangsa dapat terus dikekalkan.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata situasi bumiputera dan Islam yang jelas terhimpit di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunjukkan parti keramat kaum Melayu itu perlu meneruskan agenda perjuangan yang dipegang selama ini.

“Selama 73 tahun UMNO telahpun berjaya mengangkat martabat bangsa dan agama Islam di negara ini. Jadi, saya berharap sempena sambutan ulang tahun UMNO yang ke 73 ini, semua ahli UMNO akan terus memperkukuhkan parti kita bagi memastikan kita masih mampu untuk meneruskan wadah perjuangan kita bagi menegakkan agama dan bangsa.

“Sambutan ulang tahun UMNO kali ini, kita sambut selepas setahun kita mengalami kekalahan dalam PRU-14 yang lalu dan setahun jugalah kerajaaan PH memerintah negara ini.

“Jadi, saya amat berharap supaya kekalahan kita kepada PH tidak melemahkan kita tetapi sebaliknya meningkatkan semangat kita untuk meneruskan perjuangan bagi membela agama dan bangsa,” katanya kepada media di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sempena ulang tahun UMNO ke 73 pada 11 Mei ini sejak ditubuhkan pada tahun 1946.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.