PEMUDA YAKIN UMNO TERUS BANGKIT

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yakin parti akan kembali bangkit dengan nilai perjuangan yang baharu.

Katanya beliau yakin perjuangan jatuh dan bangun UMNO dalam memperjuangkan rakyat diperlukan dalam mengekalkan kekuatan parti untuk kembali bangkit.

“Saya mewakili keluarga besar Pemuda UMNO mengucapkan selamat menyambut ulang tahun UMNO ke-73, mudah-mudahan dengan segala khazanah, pengalaman dan jatuh bangun parti yang cukup besar maknanya kepada agama, kepada bangsa dan kepada negara, kita akan mampu untuk bangkit semula.

“Bangkit dengan suatu wajah yang baharu, roh yang baharu dan paling penting nilai perjuangan baru untuk kita kembali kepada rakyat mengangkat martabat mereka, menjulang mereka dengan asas-asas yang kita bina bersama.

“Tidak lain dan tidak bukan UMNO adalah parti yang memperjuangkan Islam, bangsa kita dan kesejahteraan keseluruhan rakyat di negara ini. Selamat ulang tahun UMNO ke-73,” katanya di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Sambutan UMNO kali ke 73 sejak ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dijangka bakal diadakan dalam keadaan sederhana dan teratur.

 

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.