PERPADUAN UMMAH SEMAKIN UTUH-KETUA WANITA

 

 

Ahli dan penyokong UMNO perlu terus mengekalkan momentum semangat perjuangan meskipun parti tidak lagi memimpin kerajan.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata pendukung parti perlu melihat hikmah di sebaliknya di mana perpaduan ummah yang mempererat kerjasama UMNO dan PAS semakin utuh.

“Walaubagaimanapun saya melihat perpaduan ummah semakin utuh terutamanya antara UMNO, Barisan Nasional dan juga satu lagi parti Melayu terbesar iaitu PAS.

“Dan Insya-Allah kalau perpaduan ummah ini berterusan, saya percaya kita kembali menjadi kerajaan dalam pilihan raya umum yang kelima belas,” katanya kepada media di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, Noraini yang juga ahli Parlimen Parit Sulong turut mengucapkan tahniah atas hari ulang tahun UMNO yang ke 73.

“Alhamdulillah, tahun ini tahun ke-73 parti dilahirkan dan saya ingin ucapkan tahniah kepada UMNO,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.