KENAPA KIT SIANG TAKUT SANGAT?

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menempelak veteran DAP, Lim Kit Siang yang dilihat berusaha untuk melemahkan wibawa beliau susulan kemenangan DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan baru-baru ini.

Najib mempersoalkan kenyataan Kit Siang yang dirujuk beliau sebagai MenHEN (Menteri Hal Ehwal Najib) yang berkata kemenangan DAP di Sandakan merupakan bukti Najib tidak ‘kebal’.

“MenHEN telah keluarkan satu lagi kenyataan akhbar hari ini mengenai kemenangan DAP di PRK Sandakan.

“Dia kata kemenangan ini adalah bersejarah dan membuktikan Najib bukan kebal (invincible). Kenapa bersejarah? Saya tak faham.

“DAP pernah menang di Sandakan banyak kali sejak merdeka. Saya bukan ‘invincible’.

Saya bukan Captain Marvel ataupun Hulk, saya tidak ada ‘infinity gauntlet’ dan tak pernah ambil batu infiniti Mat Sabu,” ujar beliau sinis.

“Saya cuma seorang hamba Allah.Seorang manusia biasa. Invincible ke mana ni?,” soal beliau melalui kenyataan di Facebook pada Isnin.

Dalam kenyataan sama, Najib yang juga ahli Parlimen Pekan mengakui turut hairan dengan perhatian penuh yang diberikan veteran DAP itu kepadanya meskipun beliau tidak bertanding dalam PRK tersebut.

“Kenapa Kit Siang takut sangat? Terus-terang, saya tak faham obsesi Kit Siang terhadap saya.

“Saya bukan calon di PRK itu. Bukan presiden UMNO atau BN. Lagipun bukan BN yang tanding di sana, saya hanya tolong berkempen atas permintaan PBS,” katanya yang turut menjelaskan beliau hanya sempat memberikan ceramah pendek bagi membantu Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bertanding.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.