PAS LARANG AHLI BINCANG ISU DALAMAN

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan PAS mengeluarkan perintah larangan kepada semua ahli daripada membawa, berbincang dan membahaskan sebarang isu melibatkan urusan parti dalam semua jenis saluran media.

Katanya perintah larangan yang mencakupi media elektronik dan cetak itu berkuat kuasa serta merta sama dan sebarang keingkaran terhadap perintah ini membolehkan seseorang ahli dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib PAS.

“Ini merupakan disiplin parti yang menjamin kebebasan bersuara dan pada masa yang sama mengawal serta memelihara kerahsiaan organisasi.

“PAS juga mengingatkan ahli-ahli parti bahawa menjadi kesalahan tatatertib sekiranya seseorang ahli melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti.

ÔÇťAdalah juga menjadi kesalahan sekiranya ahli tidak taat dan patuh kepada arahan parti yang berdasarkan kepada perlembagaan serta aturan dan peraturannya,” katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.