PELUANG PEKERJAAN PH BUKAN DI MALAYSIA – KJ

Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menawarkan peluang pekerjaan di luar negara berbanding yang ada di dalam Malaysia dikritik ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin

Khairy berkata tindakan PH itu seolah-olah menjadikan negara sebagai pembekal pekerja asing kepada negara lain pula.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan berita Jepun, Kyodo News bahawa kerajaan PH akan menghantar pekerja dalam bidang pembinaan, perindustrian dan kerja berat untuk bekerja di negara itu.

“Mungkin perjanjian kerjasama dengan Jepun inilah langkah PH untuk menunaikan janji manifesto mereka untuk mewujudkan satu juta peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih besar.

“Cumanya, bukanlah bekerja di Malaysia tetapi di luar Negara,” katanya melalui kenyataan di laman sosial pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Khairy berkata rakyat tidak melupakan kempen PH dalam PRU-14 lalu yang dilihat konon prihatin terhadap nasib rakyat Malaysia yang berulang alik dari Johor dan Singapura setiap hari untuk bekerja.

“Dalam kempen tersebut, PH bukan sahaja berjanji mewujudkan satu juta malah berjanji untuk menaikkan gaji industri 3D (Dangerous, Difficult, Dirty) bagi membolehkan golongan ini bekerja dan mendapat pendapatan di negara ini.

“Janji sudah dibuat tetapi yang dijanjikan masih belum muncul tiba. Baru-baru ini diumumkan pasukan petugas khas akan ditubuhkan untuk mengkaji sejuta peluang pekerjaan tersebut.

“Berjanji tahun lepas, tahun ini baru nak mula mengkaji,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.