PETISYEN PILIHAN RAYA JASIN 12 JUN INI

Keputusan untuk petisyen pilihan raya Parlimen Jasin dijadualkan pada 12 Jun ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Keputusan tersebut telah ditetapkan oleh Mahkamah Pilihan Raya selepas perbicaraan bagi petisyen itu tamat pada Isnin.

Peguam Muniandy Vestanathan, yang mewakili calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi kerusi itu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berkata beberapa orang saksi telah dipanggil bagi memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.

“Seramai 44 saksi dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan. Sekarang hanya tunggu untuk penyerahan dan keputusan,” katanya kepada media di Melaka pada Selasa.

Terdahulu, Khairuddin dalam petisyennya menamakan Ahmad sebagai responden pertama, Pegawai Pengurus Pilihan Raya kerusi Parlimen Jasin, Zamrud Yahya responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya responden ketiga.

Seterusnya, Mahkamah Pilihan Raya pada 6 Mac menolak bantahan awal Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah untuk membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkan Khairuddin selaku pempetisyen.

Justeru itu, mahkamah menetapkan perbicaraan penuh bermula pada 11 Mac lepas.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.