PM PERTIKAI PERATURAN SPR

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa kurang senang terhadap peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak membenarkan anggota Kabinet menjalankan aktiviti berkempen dalam waktu bekerja pada pilihan raya.

Katanya sekatan itu seolah-olah memberi peluang kepada parti lawan yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan untuk berkempen selama 24 jam.

“Sekarang kita mengadakan pilihan raya kecil (PRK), kerajaan takkan tukar dengan PRK. Tetapi kita dapati ada arahan supaya pegawai kerajaan, menteri dan timbalan menteri tidak boleh kempen masa kerja.

“Jadi mereka masa kerja mesti ada dalam pejabat, tak boleh berkempen, sedangkan lepas kerja pun menteri-menteri kerja juga sampai pukul 10 malam.

“Ini sekatan yang tak harus diamalkan oleh kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) Ke-8 di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Selasa.

Terdahulu SPR mengingatkan anggota Kabinet dan anggota politik yang memegang jawatan dalam kerajaan supaya tidak menjalankan aktiviti berkempen dalam waktu bekerja pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun melalui kenyataannya berkata, aktiviti berkempen dalam waktu bekerja merupakan satu penyalahgunaan masa bekerja.

Tambah Azhar, anggota Kabinet tidak seharusnya menggunakan aset-aset ataupun fasiliti-fasiliti kerajaan bagi tujuan berkempen.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.