PUKULAN MAUT DI CAMERON ATAU SANDAKAN?

Ketua UMNO Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menempelak Lim Kit Siang yang mendakwa kemenangan DAP merupakan satu tamparan kepada kempen ‘malu apa bossku’.

Katanya Kit Siang tidak wajar mendabik dada dan memperlekehkan Barisan Nasional (BN) berikutan DAP tidak melawan BN di kawasan tersebut.

“Kit Siang kata kemenangan DAP di Sandakan merupakan ‘tamparan hebat’ kepada ‘malu apa bossku’, tetapi mana satu pukulan maut antara menang di Sandakan kalahkan calon PBS yang bukan BN dengan kalah kepada ‘UMNO’ (BN) di Cameron Highlands,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Puad yang juga bekas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata kemenangan DAP di Sandakan tidak dapat memulihkan kekecewaan Kit Siang yang melihat rakyat berbilang kaum menolak parti itu di Cameron.

Puad turut berkata kemenangan DAP di kawasan dengan majoriti kaum Cina juga hanya mengesahkan pandangan umum bahawa parti tersebut eksklusif untuk orang Cina.

“Keutamaan DAP ialah memusnahkan UMNO dulu, kini dan selamanya, tetapi mereka tidak pernah bertemu satu lawan satu di dalam gelanggang.

“Ditakdirkan mereka bertempur di Cameron Highlands. DAP kalah teruk. Sudah tentu dendam kesumat Kit Siang memuncak. Justeru kemenangan DAP di Sandakan tidak akan dapat memulihkan maruah Kit Siang yang terluka di Cameron Highlands.

“Ia perlu tujuh keturunan untuk memulihkannya. Menang di kawasan majoriti Cina hanya mengesahkan status quo DAP sebagai parti orang Cina. Lagi pun lawannya adalah PBS yang bukan lagi komponan BN,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook pada Isnin.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.