ZAHARUDDIN DIRUJUK KE TATATERTIB PAS

Bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS, Zaharudin Muhammad dirujuk ke jawatankuasa tatatertib PAS susulan dakwaan berkaitan ‘kartel dedak’ yang membabitkan beberapa pimpinan parti tersebut.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengesahkan sendiri perkara tersebut berkata isu yang dibangkitkan Zaharuddin sudah lama selesai.

Abdul Hadi menjelaskan kepimpinan PAS telah menerima aduan pelanggaran tatatertib parti yang dilakukan oleh menantunya itu.

“Itu (isu didedahkan Zaharudin) filem lama yang sudah ditayang, ia sudah selesai. Ia dianggap satu berkaitan (kesalahan) disiplin. (Dakwaan saya) restu (pendedahan) itu, tak betul.

“Saya tak ada (beri) restu. Kita akan menyerahkan perkara ini kepada jawatankuasa itu untuk siasat dan buat pendakwaan serta tindakan selanjutnya,” katanya dalam sesi dialog PAS bersama media di sebuah hotel di Ampang, pada Isnin.

Terdahulu media melaporkan Zaharudin mendedahkan wujudnya ‘kartel dedak’ dipercayai merujuk kepada kumpulan tertentu dalam PAS yang menerima dana daripada pihak tertentu.

Beliau turut berkata pendedahan tersebut mendapat ‘restu’ daripada Abdul Hadi sendiri.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.