IFTAR HOTEL PREMIERE : 10 BAUCER PERCUMA 1 BAUCER

Menyajikan lebih 120 menu makanan untuk berbuka di bulan Ramadhan, Hotel Premiere, Klang sentiasa mendapat sambutan pelanggan dengan promosi tempahan baucer iftar sepuluh orang akan percuma baucer iftar untuk satu orang.

Suasana yang tenang dan damai ketika berbuka merupakan satu keutamaan kepada para pelanggan untuk menikmati juadah iftar sehingga jam 10 malam.

Antara menu ‘basah tekak’ yang menjadi rebutan adalah, coconut shake dan mango shake yang dibuat segera dan segar.

Pengurus Hotel Premiere, Christopher Chan berkata telah menerima tempahan yang tinggi dan juga maklum balas yang baik dari para pelanggan yang rata-ratanya berpuas hati dengan sajian iftar.

“Tempahan paling tinggi setakat ini 600 orang sehari untuk iftar dan merupakan sambutan yang lebih baik daripada tahun lepas.

“Kami juga telah menurunkan harga baucer iftar mengikut kesesuaian ekonomi masa kini,”katanya ketika majlis iftar bersama media.

Antara menu yang turut disajikan adalah masakan ala kampung, barat dan bakar. Pelbagai jenis pencuci mulut yang menggiurkan dihidang bagi memuaskan pelanggan.

Selain itu juga, menurut Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi, Shamsul Fariz, hotel ini juga menyajikan durian sebagai penambah selera bermula jam 8 malam sehingga jam 9 malam setiap hari.

Namun, sekiranya stok durian kekurangan, akan digantikan dengan buah- buahan tempatan seperti manggis, rambutan, laici dan sebagainya.

“Sambutan yang menggalakkan dari pelanggan menjadi inspirasi kami untuk meneruskan sajian durian setiap hari selepas waktu berbuka.

“Disebabkan mendapat permintaan yang tinggi, kami menjadikan ia sebagai satu ‘trademark’ dalam hidangan berbuka”,katanya.

Disamping itu juga, pihak hotel akan membuat cabutan bertuah nombor baucer iftar yang akan diadakan sehari dalam seminggu tanpa memberitahu pelanggan.

Seorang pelanggan, Haikal, 29 dari Pulau Indah, Klang, teruja dengan hidangan yang disajikan.

“Makanan sedap dan paling istimewa kambing bakar. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Puas hati dan sedap. Tempat dan suasana pun sangat menarik”, katanya.

Pelanggan berbangsa India, Suren, 21, berpuas hati dengan sajian durian yang jarang-jarang dibuat di hotel.

“Durian sedap. Tiada hotel lain buat macam ini. Makanan semua sedap. Bayaran sesuai makanan. Paling sedap sate dan makanan bakar,”katanya.

Pelanggan Mohd Jasmin, 28, yang hadir bersama isteri dan anak turut tidak melepaskan peluang mencuba iftar di sini.

“Harga berpatutan dan sesuai sebab banyak pilihan makanan. Paling sedap pada saya kari kambing yang dimakan dengan lemang,”katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.