KULA ENGGAN KOMEN ISU FASIH MANDARIN

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran dilihat enggan mengulas lanjut mengenai isu syarat fasih berbahasa Mandarin dalam kalangan majikan seperti yang dibangkitkan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Sebaliknya, Kula Segaran mahu isu mengenai kaitan kuota matrikulasi dengan syarat berbahasa Mandarin itu dijawab sendiri oleh Maszlee walaupun perkara berkaitan majikan dikatakan berada di bawah tanggungjawab Menteri Sumber Manusia.

“Anda tanya Dr. Maszlee. Biar dia jawab,” kata Kula Segaran ketika disoal media mengenai isu tersebut sejurus majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kementerian Sumber Manusia dengan Dong Zong di Kuala Lumpur pada Khamis.

Terdahulu, Maszlee dilaporkan berkata isu kuota matrikulasi kepada bukan bumiputera dan syarat fasih berbahasa Mandarin ketika temuduga pekerjaan yang disyaratkan majikan swasta tidak boleh dilihat secara terpisah.

Kenyataan Maszlee kemudiannya mengundang reaksi negatif terutamanya dalam kalangan pemimpin dan penyokong DAP yang mahu beliau menumpukan kepada isu di bawah Kementerian Pendidikan tanpa mencampuri soal pekerjaan di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.