BATAS KL RAI TAHFIZ DAN ANAK YATIM

Satu pertubuhan Badan Amal Tarbiah Sejagat (BATAS) Kuala Lumpur julung kalinya mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Maahad Tahfiz dan Anak-Anak Yatim serta Sumbangan Ihya Ramadhan.

Pengerusinya, Mohd Azman Bin SM Ariffin berkata majlis memperuntukkan seramai 25 anak tahfiz di bawah umur 18 tahun dan 30 orang anak-anak yatim yang terpilih untuk menerima sumbangan pada majlis tersebut.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 kepimpinan serta ahli pertubuhan itu diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampong Bharu pada Sabtu.

Oleh Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.