KHALED SEDIA JUMPA MASZLEE

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin bersedia untuk berjumpa dengan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bagi membincangan mengenai isu kolej matrikulasi serta isu pendidikan yang lain.

Katanya, beliau maklum dengan pandangan Maszlee terhadap isu berkaitan kolej matrikulasi.

“Malah Menteri Pendidikan juga menzahirkan kesediaan beliau untuk bertemu dan berbincang dengan saya mengenai isu-isu berkaitan pendidikan negara.

“Saya menyambut baik dan bersedia berjumpa beliau untuk berbincang isu Kolej Matrikulasi atau mana-mana isu pendidikan sekiranya Menteri Pendidikan rasa wajar dan berkeperluan untuk dapatkan penjelasan lanjut,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Khaled yang juga bekas menteri besar Johor dan bekas menteri pengajian tinggi meluahkan rasa kecewa terhadap keterujaan Dr. Maszlee yang menyambut gesaan Pemuda DAP berhubung isu matrikulasi.

Media melaporkan Ketua Pemuda DAP, Howard Lee memberi cadangan agar Kementerian Pendidikan menyelesaikan jurang yang besar dalam status quo di bawah sistem penapisan peperiksaan matrikulasi, untuk memastikan peluang yang lebih adil bagi pelajar STPM dan matrikulasi.

Howard turut untuk diadakan kajian semula sistem penggredan kokurikulum dan mempertimbangkan penyerapan tempat sebanyak 15,000 di asasi sebagai sebahagian daripada program matrikulasi.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.