PAS PERAK JUNJUNG TITAH SULTAN

PAS Perak menjunjung titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah yang melarang sebarang aktiviti berunsur politik di dalam kawasan masjid dan surau negeri tersebut.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata pihaknya akan mennurut perintah Sultan demi kebaikan semua pihak.

“PAS akur dengan titah tuanku. Pada hari semua pemimpin parti politik dipanggil menghadap Sultan Perak, sebelah malamnya kita sudah mengeluarkan surat pekeliling.

“Kita telah memasukkan arahan itu ke dalam kumpulan WhatsApp melibatkan kesemua Yang Dipertua PAS Kawasan di 24 buah Parlimen di negeri ini,” katanya ketika dihubungi media pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Razman berkata kesemua Setiausaha PAS Kawasan di Perak juga telah dimaklumkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti politik dan tidak boleh menggunakan logo parti di kawasan surau dan masjid.

“Bukan sahaja tiada logo, tiada ucapan dan juga tazkirah,” tambah beliau

Katanya, PAS memandang serius arahan tersebut walaubagaimanapun, kuliah berkaitan ilmu tanpa sebarang unsur politik akan terus berjalan seperti biasa membabitkan mereka yang mempunyai tauliah untuk berbuat demikian.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.