INKUES ADIB : DEDAH ARAHAN ZURAIDA

 

 

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mendesak untuk didedahkan arahan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin sehingga peguam Syazlin Mansor mengundurkan diri daripada inkues punca kematian Mohamad Adib atas faktor keselamatan.

Pengerusi UMMAH, Aminuddin Yahaya berkata perkara tersebut wajar didedahkan bagi mengelakkan daripada tanggapan wujud konspirasi oleh pihak tertentu bagi menentukan keputusan inkues.

Katanya, penarikan diri Syazlin turut menimbulkan kejanggalan apabila peguam tersebut menarik diri pada saat akhir sebelum inkues tersebut selesai.

“Penarikan diri peguam Syazlin Mansor ini menimbulkan banyak persoalan daripada jawaban yang perlu dijawab antaranya kenapa dikatakan alasan penarikan diri ini adalah disebabkan factor keselamatan? Adakah ada unsur-unsur ugutan yang diberikan kepada Syazlin Mansor? Kenapa pihak keselamatan tidak mengambil tindakan untuk melindungi beliau?,” katanya.

“Peguam Syazlin Mansor juga menyatakan pengunduran diri setelah beliau bertemu dengan Menteri KPKT YB Zuraidah. Jadi rakyat nak tahu apakah arahan YB Zuraidah kepada peguam dan siapa pulak yang mengarahkan YB Zuraidah supaya meminta Syazlin Mansor menarik diri?

“Adakah pihak Peguam Negara terlibat dalam penarikan diri Syazlin Mansor dan adakah disana berlaku salah guna kuasa oleh pihak Peguam Negara?,” soal beliau melalui kenyataan media pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Aminuddin turut menggesa supaya surat yang mengarahkan penarikan Syazlin didedahkan supaya rakyat tahu siapa yang menulis dan alasan sebenar kepada penarikan diri peguam tersebut

Image result for â??Penarikan diri peguam Syazlin Mansor

.Aminuddin turut mendesak Peguam Negara, Tommy Thomas untuk meletakkan jawatan kerana dilihat tidak lagi bersikap adil dan saksama dalam tugasan yang dibuat.

“UMMAH tidak akan teragak-agak akan mengambil tindakan selanjutnya demi memastikan keadilan diberikan kepada keluarga Allahyarham Mohd Adib. Ini termasuk, jika terdapat bukti yang kukuh terhadap salahguna kuasa, untuk melaporkan kepada pihak SPRM untuk diadakan siasatan terhadap pihak yang terlibat.

“UMMAH juga tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan himpunan rakyat demi keadilan untuk Adib secara besar-besaran jika tiada tindakan yang positif dari pihak bertanggungjawab,” tegas beliau.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.