BERTINDAK ATASI KENAIKAN BIL TNB-ZAHID

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa untuk mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah kenaikan mendadak bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membebankan rakyat.

Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam keadaan kemelut ekonomi negara yang tidak menentu, tindakan PH yang mengulang skrip sama iaitu kaji dan siasat tanpa sebarang tindakan lanjut hanya menambah kerugian yang ditanggung rakyat.

“Pelbagai pihak mengadu namun Kerajaan setakat ini hanya buat sidang media sahaja dan minta Suruhanjaya Tenaga untuk siasat. Skrip biasa zaman PH iaitu kita akan siasat atau akan kaji.

“Yang rugi rakyat kerana berdasarkan undang-undang, pengguna tetap perlu menjelaskan bil elektrik dalam tempoh sebulan dan jika ada lebihan, mereka yang layak akan mendapat pembayaran balik,” katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid turut menyeru TNB dan Menteri KPDNHEP untuk kembali kepada matlamat asal iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Alasan TNB kerana ubah suai Meter. Adakah 86 ribu individu yang sokong petisyen ini ubah suai meter mereka? Soal Ahmad Zahid yang turut berkongsi pautan petisyen https://www.change.org/p/kerajaan-pantau-harga-elektrik-2019-bantahan-kenaikan-elektrik-2019-mengikut-kiraan-tnb.

“TNB kembalilah kepada asas penubuhan iaitu memberi khidmat kepada rakyat dan bukannya memerah keringat rakyat.

“Saya juga mengalu-alukan langkah Menteri KPDNHEP yg mengambil langkah proaktif untuk menangani permasalahan ini,” katanya.

 

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.