PARTI BAHARU PECAHKAN MELAYU

 

Penubuhan lebih banyak parti politik berteraskan Melayu hanya menyebabkan kaum tersebut semakin berpecah, ujar Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata walaupun UMNO menyokong dasar negara demokrasi yang tidak menentang penubuhan parti baharu, namun perkara tersebut dilihat memecahkan lagi kekuatan politik orang Melayu yang kini berpaksi kepada empat parti utama iaitu UMNO, PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah).

“Lebih banyak lebih memecahkan orang Melayu. Kita tidak tahu sejauhmana parti baharu ini akan mendapat sokongan.

“Cuma orang Melayu mungkin tidak gembira sedikit. Mengapa perlu ada banyak parti orang Melayu sedangkan ada usaha hendak satukan UMNO dan Pas,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato’ Onn di Kuala Lumpur pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai penubuhan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang diketuai oleh Datuk Dr. Ibrahim Ali.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.