INKUES ADIB MENGECEWAKAN

Inkues mencari punca kematian Muhammad Adib yang dilihat wujud campurtangan pihak berkepentingan ternyata mengecewakan, ujar Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Beliau berkata rakyat melihat seolah-olah anggota bomba yang terkorban akibat kecederaan parah ketika bertugas pada penghujung tahun lalu itu tidak mendapat keadilan yang sepatutnya.

“Sedih dan kecewa. Itulah perasaan saya. Dimana hak dan keadilan buat Allahyarham Adib sehingga hari ini?,” soal beliau melalui kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata seharusnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) bertindak tegas dalam menyelesaikan kes tersebut.

Katanya situasi terkini seolah-olah memperlihatkan wujud pihak yang sekadar ‘bermain wayang’ atas inkues tersebut.

“Adakah Pejabat Peguam Negara dan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat ibarat sedang bermain wayang kulit sedangkan ramai rakyat dan pastinya pihak keluarga mahukan hak keadilan dan pembelaan yang sewajarnya untuk Adib.

“Seharusnya Kerajaan PH bertindak tegas, fokus dan lebih serius dalam menangani kes Adib,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.