BUAT RAKYAT TAK SUKA, UNDANG MASALAH – JOHARI

Tindakan kerajaan membuat sesuatu keputusan yang tidak disenangi rakyat serta tidak berpegang dengan janji manifesto akan mengundang masalah dan kemarahan rakyat.

Mengulas pelantikan LATHEEFA koya sebagai Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahli Parlimen PKR Sungai Petani Datuk Johari Abdul menegaskan setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan ketika ini sedang dinilai oleh rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Kedah (MPN) berkata, “rakyat membuat penilaian, sama ada kita berpegang teguh atau tidak dengan janji kita. Jika tidak berpegang teguh, kita akan menghadapi masalah dengan rakyat,”.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PH Kedah di Guar Chempedak, di Yan malam Selasa.

Latheefa dilantik mengetuai SPRM berkuat kuasa 1 Jun lalu menggantikan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull yang memendekkan tempoh kontrak perkhidmatannya.

Pelantikan Latheefa yang juga bekas Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM didakwa tidak menepati manifesto PH yang melarang pelantikan dalam kalangan ahli politik.

Meskipun mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk dalam kalangan pemimpin PH sendiri, namun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini menegaskan bahawa keputusan beliau melantik Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM yang baharu adalah muktamad.

Sementara itu, Johari berkata, beliau sentiasa berpegang teguh dengan apa yang dijanjikan di dalam manifesto PH.

Wartawan Watan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.