ANWAR JUMPA MAHATHIR ‘PANAS’ BEB…

TEBUAN dimaklumkan rakan-rakan bahawa Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR bertemu Dr Mahathir di pejabat perdana menteri di Putrajaya kerana nak sampaikan ketidaksenang hati pemimpin-pemimpin dalam parti itu dengan pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasiah Malaysia (SPRM).

Pada petang Selasa, kawan hantar gambar Utusan Malaysia menunjukkan Anwar menghulurkan tangan dari depan meja untuk bersalam dengan Mahathir yang langsung tak bangun pun dari kerusinya.

Situasi itu pun Tebuan dah dapat membaca bahawa Mahathir tak suka dengan ‘kehadiran’ Anwar lebih-lebih lagi untuk ‘membantah’ keputusannya. Itu bacaan Tebuan jer bukannya tepat pun.

Tapi Anwar tu Presiden PKR, setidak-tidaknya Mahathir bangun meraikan seorang presiden parti yang menyebabkannya duduk di kerusi Perdana Menteri. Kata orang Melayu, biar beradab.

Anwar bagitahu melalui facebook, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen utus surat nak jumpa Mahathir. Selain itu bincang isu rasuah dan hal ehwal antarabangsa. Itu jer…Tebuan rasa ada lagi….

Tebuan taknak buat telahan yang bukan-bukan tapi Tebuan terhidu ‘kepanasan’ dan permintaan yang sukar diterima oleh Mahathir.

TEBUAN : Kita tunggu episod selanjutnya kerana Anwar dah tahu video Azmin semasa berjumpa Mahathir.


Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.