JENAZAH DATUK A.RAHMAN SELAMAT DISEMADIKAN

Jenazah penyanyi veteran popular, Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat pada jam 2.30 petang tadi.

Lebih 100 ahli keluarga, sanak-saudara dan kenalan Allahyarham turut mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan.

Antara yang hadir sejak awal pagi sehingga selesai pengebumian termasuk teman seperjuangan penyanyi ini iaitu Datuk Jeffrydin pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam dan Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) Datuk DJ Dave.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang (HA), pada usia 73 tahun sekitar jam 12.40 malam tadi, akibat strok dan pendarahan otak.

A.Rahman meninggalkan isteri, Datin Fadilah Mansor dan dua anak iaitu Khairulizam (Khir Rahman) dan Khairulazmi. –

Sumber: UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.