VIRAL VIDEO : ANGKARA ORANG DALAM PKR? – AZMIN

Penularan video seks luar tabii dua lelaki yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dikalangan pemimpin parti angkara orang dalaman parti itu sendiri berdasarkan maklumat untuk mewujudkan kumpulan WhatsApp tersebut.

Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi menegaskan siasatan perlu dilakukan bagi mengenalpasti dalang yang bertanggungjawab dalam mewujudkan kumpulan dalam aplikasi WhatsApp itu.

Menurut Azmin, langkah tersebut perlu diambil kerana pihak yang mewujudkan kumpulan tersebut mempunyai maklumat mengenai individu yang hendak dijadikan ahli dalam laman sosial berkenaan.

Azmin dengan tegas menggesa kepimpinan PKR bertindak untuk menjelaskan perkara itu.

“Kepimpinan perlu menerangkan dengan jelas perkara ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Silaturrahim Eidul Fitr, Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang pada Ahad.

Tegasnya, pihak terbabit juga mempunyai maklumat berkaitan anggota parti di pelbagai peringkat cabang daripada yang tertinggi sehinggalah rendah.

“Saya sendiri tidak mempunyai akses kepada maklumat tersebut. Persoalannya sekarang, siapa yang memberikan maklumat untuk menubuhkan kumpulan WhatsApp yang terdiri daripada mereka dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung?

Beliau juga mahu Lembaga Disiplin PKR menyiasat pihak yang terlibat dalam penyebaran video tersebut.

Selepas digemparkan dengan penularan video rakaman dua lelaki berbogel sedang intim di atas katil, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong tampil membuat pengakuan bahawa beliau merupakan lelaki dalam aksi seks itu bersama seseorang yang didakwa mirip Azmin, Rabu lalu.

Azmin kemudiannya menafikan sekeras-kerasnya penglibatannya dalam video seks tersebut, malah menyifatkannya sebagai satu tuduhan jahat serta kejam.

Wartawan Watan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.