AZMIN AKAN DIRAKAM KETERANGAN PADA POLIS

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali akan dipanggil oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan terlibat dalam perlakuan seks luar tabii dalam video yang tersebar baru-baru ini.

Dalam pada itu polis sudah menerima 17 laporan dan merakam 21 keterangan berhubung siasatan video skandal seks sejenis tersebut.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor memberitahu siasatan kes tersebut melibatkan pasukan khas yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

“Kita bekerjasama dengan Unit Forensik dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) khususnya melibatkan siasatan terhadap video tersebut.

“Siasatan sedang diteruskan tetapi kita tidak boleh dedahkan secata terperinci,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) serta Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, di Kuala Lumpur, pada Isnin.

Ketika ditanya mengenai tiada sekatan ke luar negara terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz, beliau berkata, lelaki itu sudah memberi kerjasama yang baik sebelum ini.

Wartawan Watan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.