GURU CEDERA DITIKAM PELAJAR

Seorang pelajar lelaki yang sedang menunggu akibat masalah disiplin menikam guru kaunseling di sebuah sekolah di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu bertindak demikian selepas tidak berpuas hati dengan guru terbabit.

Guru terbabit sedang tidur di asrama sekolah berkenaan apabila ditikam tiga kali oleh pelajar terbabit menggunakan pisau.

“Selepas menikam mangsa, pelajar itu melarikan diri manakala mangsa yang cedera segera mendapatkan bantuan dengan pisau masih tertanam pada bahunya.

“Pelajar itu dipercayai marah dan tidak berpuas hati dengan guru kerana dia akan berdepan dengan hukuman gantung atau buang sekolah,” katanya kepada BH, di Banting pada Isnin.

Fadzil berkata, mangsa kini sedang menerima rawatan dan dalam keadaan stabil dan sedar.

“Pelajar terbabit akan ditahan reman pagi esok dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.