SHAMSUL ISKANDAR NAFI LANTIK HAZIQ ADA AGENDA

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya beliau mempunyai agenda tertentu ketika melantik Haziq Abdullah Abdul Aziz sebagai pegawainya.

Beliau tidak mahu pihak+pihak tertentu membuat tohmahan tidak berasas dan fitnah liar berhubung pelantikan tersebut.

Shamsul Iskandar juga menolak sebarang politik kotor yang ingin mencemarkan nama baik mana-mana pemimpin ataupun individu tertentu.

“Berilah ruang kepada pihak berwajib untuk menyiasat isu berkenaan dan marilah kita memberi tumpuan kepada perkara yang lebih utama dan menjadi kepentingan rakyat.

“Ingin sekali lagi saya tekankan bahawa tindakan beliau ini sangat mengejutkan dan tentunya sama sekali tidak diduga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shamsul Iskandar yang juga Ketua Penerangan PKR menjelaskan Haziq Abdullah memohon untuk bekerja dengannya setelah Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama sebelum ini meletakkan jawatan.

Katanya, beliau juga ada menerima beberapa permohonan lain untuk jawatan berkenaan.

“Namun setelah ditemuduga dan mengambil kira kelayakan akademik, pengalaman pentadbiran dan juga keperluan kementerian untuk wakil daripada Sarawak dan Sabah, dia secara strategiknya merupakan calon sesuai untuk jawatan berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, Shamsul Iskandar memaklumkan Haziq Abdullah selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong pernah membuat akuan bersumpah untuk memaklumkan dia tidak pernah menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Saya juga difahamkan oleh Penasihat Utama PKR Negeri Sarawak bahawa Haziq Abdullah tidak pernah keluar daripada parti,” katanya.

Menurut Shamsul Iskandar lagi, Haziq Abdullah mempunyai sejarah agak lama dengan PKR iaitu seawal usia 19 tahun dan mula mengenalinya sekitar tahun 2012 sebagai pengasas dan Presiden Mahasiswa Keadilan Universiti Malaya iaitu sebuah sayap pelajar dalam PKR.

“Sebelum dilantik bekerja di Kementerian Industri Utama, beliau juga pernah terlibat dengan beberapa pimpinan PKR antaranya menjadi pelatih di firma guaman Baru Bian, sekarang ini Menteri Kerja Raya, Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya dan N. Surendran.

“Beliau juga menjadi pernah menjadi pelatih Invoke (Rafizi Ramli), pelatih di Pejabat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di bawah seliaan Setiausaha Akhbar, Khalid Jaafar dan pelatih di firma Yusmadi & Co,” katanya.

Ujar Shamsul Iskandar lagi, Haziq Abdullah pernah membantunya dalam hal-hal yang berkaitan penyelidikan parlimen dan juga merupakan penghubung kepada pemimpin-pemimpin muda di dalam PKR.

Wartawan Watan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.