VIDEO SEKS : KONSPIRASI DALAMAN PKR + AZMIN

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan tegas yakin terdapat konspirasi dalaman untuk mencemar dan menjatuhkannya dalam parti dengan menyebaran beberapa klip video seks luar tabii dikaitkan dengannya.,

Semalam di majlis rumah terbuka Edulfitri di Gombak,  Azmin membayangkan terdapat orang dalaman PKR yang mewujudkan kumpulan WhatsApp bagi tujuan menyebar video terbabit.

Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, berkata, sejak awal lagi, beliau yakin perbuatan itu agenda politik pihak tertentu, ada agenda politik bertujuan menyekat kemaraan prestasi saya dalam kerajaan pada hari ini dan dalam politik, saya yakin umum sudah lihat siapa dalam episod ini.

“Biarlah polis menjalankan siasatan dan saya kira tidak adil jika kita atau mana-mana individu membuat kenyataan yang boleh dilihat sebagai mengganggu siasatan.

“Saya kira biarlah rakyat membuat hukuman atas perkara ini dan sekarang pun sudah terbukti semakin kuat membayangkan pihak terbabit dalam konspirasi dan tohmahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Hak Pembangunan antara Konsortium PNSB Construction Sdn Bhd dan MGB Berhad dengan Must Ehsan Development Sdn Bhd (usaha sama anak syarikat milik penuh Encorp Berhad dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor), di Shah Alam,  pada Selasa.

Wartawan Watan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.