MUJAHID TAK BOLEH BEZA KEM TAHANAN ATAU PUSAT LATIHAN

Lantaran kefahaman cetek menteri di jabatan perdana menteri membezakan kem tahanan dan pusat latihan di Xanjiang dan Beijing China telah menimbul kecaman pelbagai pihak warga maya seluruh negara.

Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof semasa lawatannya ke negara itu baru-baru ini menggambarkan betapa terkebelakangnya pegangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkaitan isu hak asasi masyarakat minoriti Islam di wilayah China itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan tegas mengkritik penggunaan terma ‘pusat latihan’ digunakan Mujahid yang dianggap sebagai ‘sokongan’ kepada dasar penindasan umat Islam di Xinjiang.

Khaled menekankan bahawa, Mujahid seharusnya menyampaikan rasa prihatin, kesal dan protes yang sangat mendalam dalam diri umat Islam seluruh dunia terhadap apa yang berlaku di wilayah berkenaan.

“Tiada ‘pusat latihan’ di Xinjiang. Yang ada hanyalah kem tahanan mempunyai satu tujuan sahaja iaitu menghapuskan identiti, kepercayaan dan budaya golongan minoriti seperti Uighur, Kazakh, Tajik dan lain-lain.

“Tindakan beliau bukan sahaja sangat memalukan tetapi melukakan hati umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Jika perkara ini tidak dijelaskan boleh ditafsirkan sebagai pendirian Malaysia dan pendirian seumpama ini adalah sangat jelek serta tidak boleh diterima daripada sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

“Sehubungan itu, saya mendesak Kementerian Luar menjelaskan pendirian sebenar kerajaan PH dalam perkara ini. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tindakan Mujahid ditafsirkan sebagai pendirian rasmi negara,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Kenyataan Mujahid dalam akaun Facebook miliknya, Rabu lalu yang mengatakan beliau dibawa melawat pusat latihan dan vokasional bagi masyarakat Uighur di Xinjiang seolah-olah hidup dengan harmoni tanpa ditindas mencetuskan kritikan warga maya.

Mujahid sekali lagi menimbulkan kecaman ramai semasa berucap di Universiti Pengajian Luar Beijing semalam, apabila menyifatkan laporan mengenai penindasan umat Islam di China sebagai ‘berita palsu’.

Wartawan Watan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.