KEPUTUSAN PRESIDEN : ELAK GOSIP DAN CAKAP LUAR – TOK MAD

Keputusan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menamatkan cuti dari menjalankan tugasan Presiden UMNO adalah sangat elok kerana banyak mengundang gosip-gosip serta cakap-cakap luar yang tidak elok.

“Ini kerana elok juga beliau buat keputusan begitu sama ada terus bercuti atau balik semula sebab banyak sangat gosip-gosip serta cakap-cakap luar pun tidak elok,” kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Beliau yang turut menyambut baik pengumuman Ahmad Zahid itu berkata, sememangnya Presiden UMNO itu patut kembali bertugas kerana UMNO perlu diuruskan bersama.

“Alhamdulillah kalau Ahmad Zahid menyatakan untuk kembali bertugas.

“Kita dapat meneruskan agenda memperkasakan parti serta menyusun strategi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepang 2019 di Sepang pada Ahad.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk hari ini telah mengumumkan untuk kembali aktif memimpin part di Majlis Hari Raya Aidilfitri di Sungai Sumum, Bagan Datok, Perak sempena setahun beliau dipilih sebagai presiden parti itu.

Terang Mohamad, pengumuman baharu Ahmad Zahid itu tidak langsung mengganggu usaha penstrukturan semula parti yang dijalankan beliau ketika menjalankan tugas-tugas Presiden sebelum ini.

Katanya, beliau menjalankan tugas presiden atas asas yang dipersetujui dan semuanya itu juga atas kerjasama pihak Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Dan tiada apa kelainan pun jadi, tiada isu mengatakan saya membuat perkara lain dan susah bagi Ahmad Zahid untuk balik. Malah, saya mengalu-alukan beliau untuk kembali’, ujar beliau.

Wartawan Watan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.